Saturday, February 23, 2013

Travelog KSA 53: Kepulangan Sir Williams

Rabu, 20 Feb//12 R'Thani
Penerbangan Prof Dr Williams ialah pada jam 6:30 ptg waktu Jizan, manakala aturcara sebelah pagi ialah lawatan ke kawasan bukit tinggi yang dikenali dgn al-'Aridhah, lebih kurang 60KM dari Jizan. Saya tidak mengiringinya kerana ada mesyuarat jabatan pada sebelah pagi. Beliau diiringi oleh beberapa pegawai universiti yang lain dan  saya terlepas peluang untuk mlihat kawasan pergunungan tsb. Mereka bertolak jam 7:00 pagi.
Apabila mereka poulang semula pada waktu makan tengahari, saya menyertai beliau bersama beberapa pegawai tinggi JU termasuk Dekan dan Timbalan Dekan saya kerana meraikan perpisahan beliau di restoren al-Ma'ali, restoren terbaik di Jazan.

Mat'am al-Ma'ali Jizan
Menu hari ini ialah sea-food bertujuan memperkenalkan makanan laut Jizan kepada Sir Williams
salad

makanan laut
 Ada tiga course:
Pembuka selera: korma, tea herba dan kopi arab
Menu utama: makanan laut, ikan, ketam, udang dan set roti arab dan humus serta salad
Menu basuh mulut: kopi dan teh arab adnani, bubur arab dan koktail buah

Prof Williams dan Prof Dr Aqeel, Dean

Thtl di sebelah sahabat Dr SA
Lunch berakhir jam 4 ptg, kerana Sir Williams akan bergegas ke airport Jazan untuk penerbangan ke London via Riyadh. Banyak yang kami sembang demi masa depan Jazan U dan beliau berjanji akan membantu JU dari masa ke semasa untuk menjadi universiti terbaik di selatan KSA. Bon voyage. Tamat

No comments: