Tuesday, January 8, 2013

Kemelut Kalimah Allah di Malaysia 01

Kemelut Kalimah Allah dalam Bible edisi Indonesia yang akan diguna pakai di Borneo terus menjadi isu di Malaysia. Kita lihat pendirian pelbagai tokoh:
Pendirian Dr Mujahid Rawa (AJK PAS Pusat)


YB Dr Mujahid Rawa
Dr Mujahid (sahabat thtl semasa di Univ Telekom) berpendapat harus di sisi Fiqh di mana Bible boleh menterjemahkan God kepada Allah.

Pendirian PAS Selangor:
Dr Rani Osman
Dr Rani Osman menolak keharusan terjemahan God dalam edisi Bible bahasa Melayu kepada 'Allah" kerana sensitiviti orang Melayu.

Pendirian IKIM

 IKIM melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustafa menolak terjemahan Bible God kepada Allah kerana ia menyalahi lunas bahasa Melayu, akidah, sejarah dan undang2 Malaysia:
"Pendirian Ikim kekal bahawa penggunaan ALLAH sebagai terjemahan kepada God tidak dapat diterima kerana ia bukan sahaja menyalahi lunas-lunas bahasa bahkan tidak dapat dipertahankan dari segi akidah, sejarah mahupun undang-undang.
Sudut Perundangan, beliau menyebut butirannya:
keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 juga telah memutuskan empat istilah Islam yang tidak boleh digunakan dalam Bible dalam apa jua keadaan iaitu ALLAH, Kaabah, Baitullah dan Solat.
Di Timur Tengah, komuniti Arab Kristian (sekitar 17 juta) di Mesir (Koptic), di Syria, Lebanon (Maronites), di Palestine dan Iraq sejak asal lagi menggunakan kalimah Allah dalam Bible (yg dikenali dgn Kitab al-Muqadis, sepenuhnya dalam  bahasa Arab). Manakala komuniti Yahudi dari keturunan Mizrahi (yahudi yang mendiami bumi Arab) juga menggunakan Allah dalam Taurat mereka. Ini tidak menjadi masalah kepada masyarakat Islam di Timur Tengah kerana sejak asal lagi Bible dan Taurat di sana menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan Taurat kerana Arab Kristian dan Yahudi Mizrahi bercakap dalam bahasa Arab.
Contoh kalimah Allah dalam Bible di Tanah Arab:
Petikan terjemahan Injil di Timur Tengah Genesis:1-1

Dr Ahmad Deedat dalam bukunya "What is HIs Name" menyatakan Allah ada dalam Bible dan Taurat yang asal.  Maka bolehkan Bible edisi Melayu menggunakan kalimah Allah menggantikan God atau Father?TBC

No comments: