Sunday, July 10, 2011
Travelog USA 11: Tamrin Thanawi USA
Foto thtl di depan Meijer Hypermarket, Kazoo. Ia macam Tesco laa..
Kegigihan Usrah Malaysia dalam mencari Ilmu
Tamrin adalah daurah atau workshop intensif utk para budak2 usrah dan di USA, kami adakan satu tamrin tahunan ala-ala Liqo' Thanawi atau muktamar tahunan, utk melakukan post-mortem dan membuat pengisian untuk mengukuhkan manhaj dan fikrah gerakan Islam
Tamrin pertama yang aku hadiri selaku ketua Umum kumpulan Usrah UD yg baru ialah bertempat di Terre Haute (TH), Indiana. Indiana berada di midland atau jantung USA, yakni di tengah-tengah benua Amerika. Terre Haute pula adalah sebuah bandar bekas lombong besi dan arang batu yg gah suatu masa dulu. Apabila bijih sudah habis, maka bandar Terre Haute menjadi bandar hantu (ghost town). Maka untuk menghidupkan bandar TH, kerajaan USA menjadikan ia university town, yakni Indiana state university at Terre Haute dianggap sbg katalis atau pemangkin utk menghidupkan bandarnya.
Jarak antara Terre haute dengan Kalamazoo (tempat mastautinku) ialah 440KM yakni jarak antara KL dan KB. Di USA, memandangkan ia sebuah benua, maka para Ikhwani akan melakukan perjalanan kereta yg jauh. Inilah kelebihan brothers di USA berbanding dgn tempat lain ialah kesungguhan mereka memandu utk mencari ilmu. Perjalanan ku ke TH adalah secara konvoy, aku menumpang kereta dari Ann Arbor, Utara Michigan dan kereta East lansing, juga di Michigan.
Tamrin kali ini akan dihadiri oleh brothers dan sisters dari seluruh USA, bayangkan ada sahabat yg datang dari California, perjalanan sejauh 2000 KM. ada sahabat dari Montana, perjalanan 1000 KM. ada dari Texas, juga hampir 1000 KM solid driving. Begitulah aku difahamkan keadaan tamrin di US dan kegigihan brothers memandu mmg merupakan satu lagenda.
Tamrin Terre Haute kali ni adalah penting untuk aku mengukuhkan tanzim USA di bawah satu kepimpinan dan kehadiran kali ini ialah dari California di bawah amir bro S, bro M dari Montana, bro Jaws dari North Carolina, bro AY dari New Haven Connecticut, dari Kansas City, dari Ames, Iowa, semuanya berhimpun di markaz IM di Terre Haute, di bawah mas'uliah bro SA dan setiausahanya, IA.
Alhamdulillah, tamrin kali ni turut mengadakan penyampaian kuliah secara langsung dari kepimpinan usrah dari Malaysia menggunakan talian telefon. Telefon yg digunakan ialah jenis speakerfon, maka kami dapat mendengar kuliah dari Malaysia secara langsung dgn jelas..aku juga menyampaikan key note address dan juga ssebuah kertas kerja teras utk mengukuhkan fikrah dan manhaj al-banna. Tamrin kali ini berjaya menyatukan kumpulan usrah UD di USA, cawangan Melayu kecuali mas'ul Ames dan kentucky yg masih enggan memberi bai`ah.
Saturday, July 9, 2011
Travelog USA 10: Usrah Pelajar di USA
Penampilan santai di USA, blue jean dan light jacket, di belakang ialah keretaku, Chevy Impala muscle car..I Luv that car.
Kumpulan Usrah Uztaz Dahlan di USA berpecah kpd empat kumpulan:
Kumpulan Kentucky yg diketuai oleh bro YI (sekarang penyarah UIAM), Kumpulan Terre Haute, Indiana diketuai oleh bro SA dan Ames City, Iowa faction yg di kepalai oleh bro ZM yg berasal dari Perlis dan satu lagi kumpulan ialah di bawah mas-ul HO yg berpusat di Nebraska . Tanzim Brotherhood USA dikepalai oleh Dr Tareq Shweidan yg berada di Oklahoma (Dr Tareq, lahir 1953, warga Kuwait). Dalam siri akan datang, aku akan ceritakan pertemuanku dgn Dr Tareq di Chicago).
Manakala brothers MISG, solid di bawah kepimpinan bro Dr Azman Husin dan kemudian diganti oleh Dr Wan Hasni (mantan CEO Abrar Corp) yg menuntut di Iowa City, Iowa.
Tugas atau mandat utama yg aku perlu lakukan ialah menyatukan empat kumpulan Usrah dan seterusnya bergabung dgn kepimpinan Dr Tareq dan ini bukan suatu tugas yg mudah memandangkan jarak di antara mereka amat jauh (memandangkan USA adalah sebuah benua yg besar). Aku difahamkan, tanzim (struktur organisasi) Usrah Malaysia sebenarnya diterajui oleh bro YI di Kentucky, tapi, kepimpinan beliau di tolak oleh tiga yg lain tsb..Dengan kedatanganku ke USA, Usrah Malaysia dengan resminya telah melantik aku sebagai CEO/Mas-ul Am utk kumpulan Usrah Ustaz Dahlan (UD) di USA.
Dalam penyelidikanku, aku dapati perselisihan mereka berempat adalah masalah peribadi, masalah jarang bertemu serta mereka mendapat tarbiyah (pendidikan harakiah) di Malaysia dari Naqeeb (ketua) yg tidak sama...
Langkah pertama yang aku lakukan ialah mendapat bai`ah dari bro SA dari Terre Haute.
Ini tidak sukar, kerana tak lama, bro SA datang mengunjungiku di Kalamazoo, selepas itu bro HO dari Nebraska pula datang menyatakan persetujuan utk berada di bawah kepimpinan ku. Yang tinggal ialah kumpulan kentucky dan Iowa.
next: macam mana nak menawan Iowa dan kentucky?
Monday, July 4, 2011
Pesta Buku Selangor 2011
Pesta buku Selangor 2011 (dari 24 Jun-03 Jul 2011) nampak agak hambar, mungkin juga kerana hari bekerja. Bertempat di bangunan SACC, Shah Alam, aku sempat mengunjunginya sempena sessi bedah buku YB Saari Sungib bertajuk: sengasara kem kemunting yg menceritakan sukaduka beliau menjadi tahanan ISA bersama Isham Rais, Ezzam Mohd Noor dan Luqman Adam..
Antara kitab2 yang menarik perhatian saya semasa membuat tinjauan ke gerai-gerai buku ialah:
Permata yang berharga-Hujah menolak Fahaman al-Wahabi karya Syed Ahmad bin Syed Zaini Dahlan, pengajar di mesjidil Haram
saya akan cuba membedah buku tsb dalam masa terdekat..
Diary Julay 2011
11 Julai 2011//09 sya'ban
thtl akan menghadiri program bersama Naib Mursyid IM-Egypt di bangunan SUK Negeri Selangor mulai ja 8:00 mlm
16 Jul//14 Sya`ban
Seminar memperingati Sayyid Qutb, tokoh IM-Egypt di ISTAC, anjuran IRF bermula jam 9:00 pagi

Persaraan kali ke dua
Assalamu `alaikum kpd pengunjung blog saya,
Ini merupakan persaraanku kali kedua dari AFN ( http://al-fikrah.net/index.php ).
Persaraan ni bukan maksudnya bersara dari dakwah. Rasanya ramai warga AFN berpendapat demikian. Bersara dari AFN maksudnya bersara sbg CEO-AFN dan minimakan aktif membuat posting.
Bayangkan dari Jun 2008 - Jun 2011, saya telah membuat posting sebanyak 39,435. Jika dihalusi perinciannya, lebih kurang 1000 posting sebulan atau 36 posting sehari...mungkin boleh masuk Guinness Book of Malaysian Records..heheheh
Seperkara lagi, saya kini sudah bebas dari budaya makan gaji, untuk mencari rezki di luar kerangka makan gaji adalah suatu cabaran yang baru...bayangkan ayam raga di lepas keluar untuk makan sendiri! Maka untuk mengorak langkah mencari sumber pendapatan baru menuntut saya lebih banyak di luar dari Online..maka inilah sebab utama persaraan saya.
kedua: saya ingin mengumpulkan mutiara-mutiara dalam AFN dan menukarnya menjadi buku-buku, diedit, dikemaskini dan dihantar ke Karangkraf utk dijadikan buku-buku bestseller..teramat sayang, jika segala yg kita bincangkan dalam AFN terlantar begitu saja tanpa dikeluarkan dalam bentuk buku. Maka ini memerlukan tumpuan yg bukan sedikit..
ketiga: saya ingin keluarkan para moderator dan panel fiqh dari comfort zone mereka. Jika selama ini mereka mendiamkan diri kerana thtl TERlalu aktif Online di AFN. Maka dengan persaraan thtl, maka akan memberi tekanan kpd mereka ukt berkarya dan Online di AFN
Jadi, itulah tiga isu pokok kenapa thtl memilih untuk bersara dari AFN...WA

Friday, July 1, 2011
Blog akan diaktifkan tidak lama lagi
Salam,
InsyaAllah, saya akan berkarya semula melalui Blog dalam waktu terdekat...
InsyaAllah, saya akan berkarya semula melalui Blog dalam waktu terdekat...
Subscribe to:
Posts (Atom)