Monday, January 7, 2013

Abaya latest melanda TT

Jubah Abaya wanita Arab
Abaya menjadi topik saya minggu ini kerana sejak bekerja di KSA, setiap  kali pulang bercuti sudah pasti saya akan shopping jubah Abaya untuk family dan sanak saudara, kebetulan jubah Abaya Arab sudah menjadi suatu trend juga di kalangan wanita Melayu yang dikenali sebagai wanita anggun yang menutup aurat dengan berfesyen.
Abaya atau jubah wanita Arab yg berwarna hitam yg dipakai oleh hampir 100% wanita Arab di Saudi dan negara teluk yang lain selalunya ditampilkan dalam bentuk satu piece sejak turun temurun, namun trend 2013 di negara Teluk (GCC) telah mula memperagakan fesyen Abaya two-piece
Foto Asal di edit kerana model  tidak menutup kepala

Berjenama Bleach dan mula dipasarkan di UAE. Mungkin ia akan memasuki pasaran KSA tidak lama lagi.

Saturday, January 5, 2013

Dilip Kumar buat Umrah

Lagenda Bollywood buat Umrah
Harian Saudi Gazzete melapurkan  aktor Lagenda Bollywood, Dilip Kumar, 90 tahun dan isterinya Saira Banu tiba di Madinah dalam rangka mengerjakan umrah dan ziarah. Dilip Kumar atau nama sebenarnya Mohammed Yusof Khan adalah lagenda filem Bollywood. Namun saya tidak menyangka dia seorang Muslim kerana menggunakan nama Hindu. Tapi di penghujung hayatnya dia datang jua ke dua tanah suci akhirnya. Dia telah berlakon lebih dari 60 filem keluaran Mumbai dan isterinya Saira Banu juga merupakan lagenda aktres Bollywood.
Saira Banu
Masyarakat Islam di Madinah agak terkejut dengan kehadiran selebriti dari Bollywood.
Nota: Manusia di ambil kira pada penghujungnya hidupnya, jika ia menamatkan kehidupannya dengan kembali kepangkuan Tuhan,  maka beruntunglah dia. Pintu keampunan dan taubat terbuka seluas langit dan bumi. Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kpada Tuhanmu!

Thursday, January 3, 2013

La Tahzan 183-3/akhir: Faktur2 Ketenangan Jiwa, أُسُسٌ للرّاحةِ

20 Tips menghindari Kegelisahan - Dr Hassan Syamsi Baasya
ومنْ شِيم المؤمنِ عدمُ الاكتراثِ بالنقْدِ الجائر الظالمِ ، فلمْ يَسْلَمْ من السَّبِّ والشَّتْمِ حتى ربُّ العالمين ، الذي هو الكاملُ الجليلُ الجميلُ ، تقدَّستْ أسماؤُه
terj:
6. Pedulikan cacian manusia
Termasuk akhlak sorang mukmin ialah tidak mempedulikan celaan yang tidak berasaskan kebenaran dan menyakitkan. Ini kerana si muslim tidak akan terlepas dari cacian dan makian termasuklah Allah sendiri sekalipun, Tuhan semesta alam,  Dzat yg Maha Sempurna, Maha Mulia, Maha Indah, dan Maha suci akan nama-nama-Nya, tidak terlepas dari celaan makhluk-Nya.
Nota: Contohnya, percubaan sebahagian umat Kristian di nusantara yang menukar nama God dalam Bible kepada "Allah" dalam Injil Edisi Melayu. Ini jelas perbuatan mencela Allah, kerana Allah dalam versi Bible mencela Allah dengan sifat yg tidak sempurna, memiliki anak lelaki dan keletihan dalam mencipta langit dan bumi.
*Notis:al-Qarni tidak menyambung sampai 20 tips, cuma menamatkan pada no 6 sahaja, kemungkinan dia akan mengulanginya di dalam bab-bab yang akan datang.
Sebuah syair Arab:

فعلام تَحْرِقُ أدمُعاً قد وُضِّئتْ   ويظلُّ يُقْلِقُ قلْبَك الإرهابُ

وكِّلْ بها ربّاً جليلاً كلَّما    نام الخلِيُّ تَفَتَّحتْ أبوابُ

terj:
Kenapa kau bakar air mata yang telah pun mengering?
Yang membikin kecemasan selalu mengintai kalbu;
Serahkan semua itu kepada Rabb yang Maha Mulia,
Bila hati sudah tenang, terbukalah pintu-pintu (jalan keluar)

Wednesday, January 2, 2013

Budget KSA 2013: SR820

KSA Budget 2013
Raja Arab Saudi, Khadem al-Haramain al-Malik Abdullah bin Abdul Aziz ala Saud, membentangkan Budget KSA 2013 berjumlah SR820 Bilion (RM670Bilion). Ia jauh lebih besar dari budget 2013 DS Najeeb (RM530 bilion) baru-baru ini. Budget terbesar ialah untuk Pelajaran (SR 204bilion) antaranya projek memodenkan 25 IPTA KSA. Berita gembira, Universiti Jazan akan menerima peruntukan SR1.8 bilion untuk tahun 2013. Alhamdulillah. Allah telah memberi rezki yang melimpah ruah kpd KSA di mana pendapatan utama negara ialah petroleum SR 1.2 trilion pada tahun 2013, manakala pendapatan kasar dari dua tanah suci, Mekah dan Madinah ialah SR66 Bilion setahun. Hutang dalam negara cuma 4% berbanding Malaysia, sebanyak 58%.