Sunday, October 27, 2013

Identiti Jin Kacang akhirnya terbongkar

Sudah dua tahun selepas saya membuat lapuran Polis di balai Polis Subang Jaya terhadap pemfitnah cyber yg menggunakan nama JinKacang (JK). Akhirnya, mereka berjaya menjejaki IP JK dan saya tidak terkejut kerana beliau ada dalam senarai suspect saya. Beliau ialah ahli AFN 1.0 yg menggunakan nama samaran Sun WuKong. Beliau bersama isterinya Nasibah dalam AFN 1.0. Nama sebenar beliau ialah Kamaruzaman Abdul Wahab. Buat masa ini Jin Kacang menggunakan nama samaran UstazLove pada akaun Twitter dan Blogger dan menjadi pakar rujuk agama. Anda boleh melayari blog UstazLove (www.ustazLove.com) dan twitter UstazLove utk melihat gelagat beliau. Bukan saya saja yg difitnah, bahkan beberapa orang lagi dan mereka bercadang menyaman civil terhadap Kamaruzaman @ UstazLove @ SunWuKong @ Jin Kacang di atas beberapa jenayah cyber yg dilakukan selama ini. sepandai-pandai jin terbang, akhirnya Jin Kacang berjaya di bawa ke muka pengadilan tidak lama lagi.

Thursday, October 10, 2013

Blog Offline mulai 10 Okt 2013

InsyaAllah, saya akan berlepas pulang ke KLIA dari Gizan City-Jeddah airport bermula jam 5 ptg waktu Saudi utk cuti 2 minggu sempena Hari Raya Haji, berikutan arahan kerajaan Arab Saudi supaya warga asing yg menetap di Saudi tidak dibenarkan mengerjakan haji kerana pengurangan 50% kuota haji domestik.
Blogg akan offline selama dua minggu

Monday, October 7, 2013

Travelog KSA #76: Kuota Haji (2)

Mekkah al-Mukarramah akan menjadi megacity, i-city

Projek raksasa mesjidil Haram
Tiga tahun akan datang 2013-2015 akan menyaksikan banyak dugaan dan cabaran bg pengunjung ke tanah suci Makkah kerana projek raksaksa al-Malik Abdullah Abd Aziz al-Saud yang sedang berjalan rancak sekarang untuk menaiktaraf kompleks al-Haram menjadi kompleks serba moden yg dinamakan Mekkah i-city. Tiga tahun di mana quota Haji akan dikurangkan sebanyak 20% bagi semua negara OIC dan 50% dari warga Saudi sendiri. Manakala pakej Umrah juga akan dikurangkan untuk mengurangkan kesesakan di Mekah. Yang tidak seronoknya, Mekah selepas ini tidak sama lagi dgn Mekah yg anda kenali 10 tahun dulu...Saya rindukan Mekah pada tahun 2007 dulu ketika saya pertama kali menjejaki Haramain..banyak hotel budget dan kawasan bazaar yg meriah di sekitar Mesjidil Haram. Selepas lima tahun Mekah akan bertukar wajah menjadi kota serba canggih dan melambangkan kemewahan dan kekayaaan kerajaan diraja Arab Saudi. Mekah bukan lagi kota utk rakyat biasa, hotel2 di sekitarnya adalah bertaraf 5-6 bintang, dan harga satu bilik sekitar SR1000-2000 satu malam. Rakyat biasa terpaksa menetap lebih kurang 2-3 KM dari mesjidil Haram dan terpaksa menggunakan shuttle bas ke mesjid. Tidak ada lagi jalan kaki bersantai ke mesjid dgn pakej umrah Rm5-6 ribu spt sekarang..pakej umrah akan datang adalah dalam Rm15K ke atas...itulah harga yg mahal yg anda akan bayar hasil dari mega projek ini.
Tiga tahun akan datang, kami di Jazan tidak akan dapat mengerjakan haji kerana amaran keras dari kerajaan Arab Saudi:
Dari masa ke semasa kami sering menerima SMS dari kementerian Haji supaya tidak mengerjakan haji secara persendirian dan jika ingin mengerjakan haji bersama pakej haji dari Jazan, ianya amat mahal dan tempatnya yang terhad. Saya ada cita2 untuk mengerjakan haji sekali lagi, namun nampak gaya tidak ada peluang dalam 2-3 tahun akan datang ini selagi mana projek mega ini belum selesai. Sama-samalah kita berdoa agar projek ini siap mengikut jadual kerana ia mendatangkan kesulitan yg amat sangat kepada kita semua.

Sunday, October 6, 2013

Travelog KSA#75: Mall Jazan Terbakar

Kebakaran besar di Jizan
Api sedang marak di Kadi Mall
Di Jizan cuma ada dua Mall yg bersekala besar setakat ni, 3 mall bersaiz kecil dan dua lagi dalam pembinaan; manakala hypermarket ada satu sahaja. Dua Mall yang bersaiz besar itu ialah Kadi Mall dan Rashid Mall. Kalau untuk shopping, saya lebih suka Kadi Mall kerana kekerapan membuat Sale (jualan offer), manakala Rashid Mall bagus untuk membuat grocery (barang keperluan) kerana buah2annya dan hasil makanan lautnya yang segar.
Kebakaran yg mendapat liputan meluas di media saudi
Ia berlaku petang Sabtu, 06 Okt, waktu Maghrib. Alhamdulillah saya tidak keluar ke Kadi Mall hari itu dan rasa bersyukur sangat. Saya difahamkan oleh Jabatan Bomba Jizan, Kadi Mall akan ditutup minima 1 bulan untuk kerja2 penyiasatan bomba dan Polis utk melihat samada ada unsur jenayah dan sabotaj, serta mungkin 3-4 bulan utk kerja2 baikpulih. Walau apa pun, penutupan Kadi Mall yg agak lama, akan menyulitkan warga Jizan yang ada cuma dua Mall sahaja...

Thursday, October 3, 2013

Travelog KSA #74: Kuota Haji 2013

Kenyataan Menteri Haji KSA mengenai kuota haji
Ritual Haji akan bermula dalam 2 minggu lagi, bandaraya Madinah sudah lengang kerana bakal Haji sudah mula bergerak ke Mekah utk persediaan wukuf pada 9 Zulhijjah atau 14 October nanti. Ini peluang terbaik buat kami di Saudi kalau untuk merasa ketenangan di Madinah kerana bilik hotel yg murah dan selesa beribadah di Raudhah Nabawi. Namun, masalah utama sekarang ialah penguatkuasaan kuota haji, 50% untuk warga Saudi dan 20% untuk semua negara OIC. Ini bermakna kawalan amat ketat di semua airport saudi dan sekatan jalanraya di semua lebuhraya saudi menuju Madinah-Mekah. Maka rata-rata kami di Jazan mngambil keputusan utk tidak akan ke Madinah-Mekah pada musim ini kerana masalah keselamatan. Kerajaan arab saudi telah mengeluarkan notis kpd semua expatriate (pekerja asing) supaya tidak mengerjakan haji tahun ini atau datang berziarah ke Madinah dan sesiapa yg ditangkap akan dihantar pulang serta merta ke negara asal dan tidak dibenarkan masuk ke saudi semula selama 10 tahun. Notis di hantar melalui pesanan ringkas (sms) ke telepon bimbit. Kebanyakan pekerja asing di Jazan Universiti, terutama dari Egypt, Jordan, Syria, Palestine, Sudan, India dan Pakistan akan mengerjakan haji secara persendirian dgn menggunakan bas atau memandu sendiri dari Jazan-Mekah, namun rata-rata saya mendapat khabar, mereka tidak berani melakukan tahun ini kerana risiko ditahan polis amat tinggi. Oleh itu pihak universiti atas arahan kerajaan arab saudi memberi kelulusan segera untuk warga asing kembali ke negara asal mereka bercuti sempena musim haji utk mengurangkan kesesakan di tanah haram. Maka di atas kesempatan itu, saya pun akan pulang bercuti ke Malaysia sempena musim haji tahun ini.
Saya akan berlepas pulang ke Malaysia pada 10 Oct nanti selama 2 minggu..InsyaAllah