Thursday, September 26, 2013

Travelog KSA#73: Lawatan Dr Lee-Wu (USA)

Lawatan kerja Prof Dr Virginia Lee dan Prof Dr X Ben Wu dari USA 14-17 Sept 2014

Selaku pengiring resmi Dr Wu (tengah) dan Dr Lee
JU menerima kunjungan dua lagi juruperunding akademik tersohor dari USA, iaitu Prof Dr Virginia S. Lee dari University North Carolina at Chapel Hill dan CEO syarikatnya V S Lee & Associates, USA dan Prof Dr X Ben Wu (keturunan Cina) dari University Texas A & M, juga USA. Keduanya adalah pakar dalam bidang kemerlangan pengajaran dan pembelajaran IPT. Mereka tiba pada 14 September dari Washington DC-Riyadh dan Jizan utk lawatan kerja atas jemputan resmi Jazan University (JU). Pada Ahad, 15 Sep, mereka berdua mengadakan sesi ucaptama di Dewan Teater Utama JU di hadapan Timbalan Rektor, Prof Dr Ali al-Kamlee dan para kakitangan akademik JU. Ucaptama bertajuk: "Outcome-based Education in Institutions of Higher Learning" Ia diterjemahkan secara selari dalam bahasa arab.
Tajuk: Pendidikan berasaskan Natijah di IPT
Intipati ucaptama mereka ialah trend utama dalam pendidikan IPT di USA dan Eropah (Bologna Process) ialah anjakan paradigma pengajaran kepada pembelajaran (from teaching to learning).

Sebahagian dari audien di Dewan Teater JU
Kemudian pada 16-17 Sep pula, bertempat di hotel Hyatt Jizan, berlangsung pula bengkel 2 hari bersama profesor dan pensyarah JU yang dikendalikan oleh Dr Lee dan Dr Wu sendiri. Mereka mengadakan bengkel dalam tiga tajuk:
Pertama: peranan pentadbir, pensyarah dan kakitangan IPT dalam membentuk budaya kememerlangan pengajaran
Kedua:  Menyuntik Motivasi dan Menambat pelajar ke arah pembelajaran yang optima
Ketiga: Pendekatan Kontemporer dalam mengukur Pembelajaran Pelajar
Rata2 peserta yg hadir merasa suatu kelainan dan mndapat pengalaman baru dalam dunia pengajaran di IPT kerana diperkenalkan dengan teknologi dan paradigma baru dalam bidang tsb. Bengkel di tutup dengan resminya oleh Prof Muhd Ibrahim al-Aqeel, Dekan, Pembangunan Akademik dan Kualiti.
sebahagian peserta bergambar dgn Prof Lee dan Wu

Monday, September 23, 2013

Travelog KSA #72: al-Yaum al-Wathani KSA yang ke 82 (1932-2013)

Gizan City, 23 Sep/18 Z'kaedah.
Hari ni cuti umum di KSA kerana merayakan Hari Watan atau Hari Kebangsaan Arab Saudi yg jatuh pada tanggal 23 Sep setiap tahun. Berbedza dgn negara kita, Malaysia, Hari Kemerdekaan, tapi Hari Watan adalah hari Penubuhan Negara Saudi atau juga hari Penyatuan semua wilayah2 semenanjung arab atau Hijaz di bawah Dinasti al-Saud dari Empayar Othmaniah Turki yang sudah pun berkubur di Ankara. Pada 23 September 1932, King Abdul Aziz al-Saud menubuhkan negara moden Saudi Arabia yang dikenali pada hari ini.
Kegembiraan rakyat saudi menyambut Hari Watan

Suasana di Jazan juga meriah, mall dan bazaar atau souq dipenuhi dgn warna hijau dan gerai-gerai menjual pelbagai barangan hari watan spt bendera, T-shir, topi, gambar2 raja arab saudi, King Abdullah al-Saud.

rakyat saudi bergembira di jalanan

Rata-rata rakyat arab Saudi menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding negara arab yang lain spt Iraq, Syria, Jordan, Egypt, dan Yaman. Negara yang didoakan oleh dua Nabi (Nabi Muhammad saw dan Ibrahim AS) terus menikmati kemakmuran dan keselamatan di mana petroleum adalah penyumbang utama kpd pendapatan negara. Tidak hairanlah, Saudi Arabia adalah rumah kedua bagi 12 juta pekerja asing atau sepertiga penduduknya (29 juta). Saudi juga adalah pelayan kepada dua tempat suci umat Islam, Kaabah dan mesjid Nabawi.

al-Malik Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud adalah tokoh paling berpengaruh di dunia Arab
SELAMAT HARI WATAN

Sunday, September 22, 2013

Travelog KSA #71: Lawatan SRI dan Lee-Wu

Saya sudah memasuki tahun kedua di Jazan Univ (JU). Kalendar JU untuk tahun 2013/2014 atau 1434/1435 bermula dari 25 Ogos 2013- 12 Jun 2014. Ada pertambahan baru pensyarah Malaysia di fakulti Bisnes iaitu Prof Madya Dr Wan Khairuzzaman dari UTM Skudai. Saya akan menceritakan siapakah Dr Wan Khai dalam siri akan datang. Pada awal semester lagi, JU sudah dikunjungi oleh juruperunding luar, satu dari Stanford Uniersity, California, dari North Carolina dan Texas (semuanya dari USA)
 Pertama: Lawatan dan Bengkel bersama SRI, Stanford University (8-10 Sept).
SRI ialah Stanford University Research Institute, organisasi penyelidikan terbesar dunia. Mereka datang ke JU diwakili oleh Pengarahnya Prof Dr Roland Stephen, Prof Emeritius Chris Hill dan Ms Ophelia Yeung (Cina-American)
SRI International, Silicon Valley, USA
SRI adalah juruperunding yang dilantik oleh JU untuk menerajui proses merangka plan strategik JU untuk lima tahun, 2014-2019. Kedatangan mereka kali ini ialah untuk melancarkan plan induk lima tahun JU dan seterusnya mengadakan bengkel dua hari. Mereka tiba pada 8 Sept dan pulang pada 11 Sep.
Bersama Prof Dr Roland, PhD UCLA
Pada 8 Sept, SRI melancarkan pelan induk 5 tahun JU di Teater JU di hadapan Rektor JU, Prof Muhammad el-Hayazi.
Sebahagian peserta bengkel SRI di Hotel Hyatt Gizan
Pada 9-10 Sept, Bengkel bersama barisan jawankuasa kerja pelan strategik JU. Pelan induk merangkumi visi, misi dan objektif baru JU. Dengan adanya plan induk lima tahun, maka mudahlah tugas saya untuk membantu JU menrealisasikan visi mereka menjadi universiti terbaik di Selatan KSA.

Wednesday, September 18, 2013

La Tahzan 189-3/Akhir: Jangan Takut, Kamulah yang lebih unggul (لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الْأَعْلَى )



والثانية : عندما ألقى السحرةُ عِصِيَّهم ، فأوْجس في نفسِه خيِفةً موسى .
فقال الله تعالى : ( لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الْأَعْلَى)

Pelajaran dari kisah Musa AS
terj: (Nabi Musa AS pernah tiga kali merasa takut), Situasi kedua:
Ketika mana para tukar sihir (Fir'aun) melemparkan tongkat-tongkat mereka (dan bertukar menjadi ular). Maka Allah berfirman: "Jangan takut, kamulah yang unggul" AQS Thahaa, 20:68
Situasi ketiga:
الثالثةُ : لما أتْبعهُ فرعونٌ بجنودِه ، فقال له اللهُ : (اضْرِب بِّعَصَاكَ) وقال موسى: (كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ)
Ketika Musa AS dikejar oleh Fir'aun dan tenteranya, lantas Allah berfirman kepada baginda: "Pukullah tongkatmu (ke laut)" AQS asy-Syu'ara', 26:63. Musa pun berkata kepada kaumnya (Bani Israel)," sesekali tidak, sesungguhnya Tuhanku bersamaku dan kelak Dia akan memberi panduan kepadaku." AQS asy-Syu'ara', 26:62
*Nota: Jika seorang Nabi spt Musa pun pernah mengalami tiga kali rasa takut, bayangkan kita, insan biasa, sudah tentu kita mengalami berapa banyak kali takut dalam kehidupan kita. Bohonglah, kalau ada yang mendakwa, dia tak pernah rasa takut dalam hidupnya. Namun, dari kisah Musa AS, kita dapat pelajari takut itu ada ubatnya, yakni sentiasa merasa ma'iyatillah atau rasa Allah bersama kita, Dia Melihat dan Mendengar ketakutan kita...lagipun takut kita apalah sangat berbanding dgn ketakutan yang dialami oleh Musa AS!!
*La Tahzan, e-book, saaid.net ms 286, upload Ali Nayef al-Syuhuud