| Industri Minyak dan Gas adalah sektor kerjaya no 1 di KSA |
Jika anda berminat bekerja di luar negara, Saudi Arabia adalah satu-satunya destinasi kerjaya idaman rakyat Malaysia. Tarikan utama ialah hampir dengan dua tanah suci (haramain): Mekkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah, disamping gaji yg juga agak lumayan.
| |
| Mesjidil Haram yg sentiasa menggamit pengunjung |
Sektur2 tumpuan utama rakyat Malaysia bekerja di KSA ialah industri minyak dan gas di Dammam, Jubai dan Khobar; pembinaan, servis, ICT dan perbankan di Jeddah, manakala perbankan, ICT, pembinaan, nursing di Riyadh. Kerja2 pmbinaan dan maintenance di Mekkah dan Madinah serta kerjaya pensyarah di 26 IPTA di seluruh KSA.
Manakala jumlah tenaga buruh asing di KSA ialah 10 juta atau 36% penduduknya (28 juta) dan Ini adalah senarai lima teratas dari segi jumlah pekerja asing mengikut warganegara:
- India
- Mesir
- Pakistan
- Bangladesh
- Filipina
Jumlah pekerja Malaysia saya tidak pasti kemungkinan dalam 3-5 ribu. Kebanyakan di Jeddah, 500, Riyadh sekitar 1000, dan Jubail sekitar 300 orang. Destinasi yg idaman ialah Jeddah kerana hampir dengan Makkah atau Yanbu kerana hampir dgn Madinah. Cara mendapatkan pekerjaan di KSA ada tiga cara:
- apply Online melalui websites
- apply melalui agensi pekerjaan Saudi yg berdaftar di Malaysia
- melalui kawan yang sudahpun bekerja di KSA
Malaysia membekalkan kpd KSA gunatenaga profesional dan mahir dan ini satu keuntungan besar kepada arab Saudi, manakala kerugian besar kepada Malaysia. Imej dan profesionalisma pekerja Malaysia di mata majikan KSA adalah amat tinggi dan pekerja Malaysia dianggap setanding dengan pekerja asing (expatriate) dari USA, Eropah dan Korea-Japan. Boleh dikatakan, pekerja Malaysia adalah antara pekerja idaman KSA.
Next: sektur pendidikan tinggi KSA