Thursday, February 14, 2013

La Tahzan 184-2: Waspada akan Cinta Asyik,



إنَّ ابن القيِّمِ عالج هذهِ المسألة علاجاً شافياً كافياً في كتابِهِ (الداءُ والدواءُ) فليُرْجَعْ إليهِ.

إن للعشق أسباباً منها:
terj:
al-Hafiz Ibn Qayyim (w.751H, Damsyiq) memberi penyelesaian dengan tuntas akan masalah ini (cinta asyik) dalam kitabnya 'al-Da' wad Dawaa' (Penyakit dan Penyembuh), maka rujuklah ke sana (jika ingin pendetailan). Adapun cinta asyik itu antara penyebabnya ialah:
فراغُ منْ حُبِّه سبحانه وتعالى وذكْرِهِ وشُكرِه وعبادتِهِ 
terj: 
Pertama: Kosong hatinya dari kecintaan akan Allah SWT, apatah lagi berzikir, syukur akan nikmat-Nya dan beribadah kepada-Nya.
Tambahan ayat dalil:
  وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ
AQS al-Baqarah 2:165 [Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah]
إطلاقُ البصرِ ، فإنهُ رائدٌ يجلبُ على القلبِ أحزاناً وهموماً

kedua: Meliarkan mata, sebab pandangan mata yang liar bisa mendatangkan kesedihan dan kecemasan dalam hati, firman Allah:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ
AQS an-Nuur, 24:30 [Katakanlah kepada orang-orang mukmin agar mereka menundukkan pandangan mereka]
al-Hadis:
النظرةُ سهمٌ منْ سهامِ إبليس
Terjemahnya: "Pandangan merupakan panah dari panah-panah Iblis"
takhrij: 
فأخرجه الطبراني في الكبير ح ( 10362 ) من حديث ابن مسعود - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "إن النظر سهم من سهام إبليس مسموم،
Terj: HR at-Thobrani dalam al-Kabir (no 10362), hadis dari jalur Ibn Mas'uud ra.
Tahqiq:
 الراوي: عبدالله بن مسعود المحدث:الهيثمي - المصدر: مجمع الزوائد - الصفحة أو الرقم: 8/66
خلاصة حكم المحدث:
فيه عبد الله بن إسحاق الواسطي وهو ضعيف‏‏

terj: al-Haithami dalam Majma' al-Zawa'id, katanya dalam sanadnya ada perawi Abdullah bin Ishaq al-Waashithi, perawi dha`if (lmah), maka hadis ini di hukumkan sebagai dha`if.
التقصيرُ في العبوديَّةِ ، والتقصيرُ في الذِّكْرِ والدُّعاءِ والنوافلِ
Ketiga: Sikitnya dalam berubudiyah, berzikir, brdoa dan ibadat2 sunat
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ
AQS al-Ankabuut, 29:45 [Sesungguhnya solat akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar]

Wednesday, February 13, 2013

Kerajaan Morsi (Egypt) selesaikan masalah Janggut

Masalah 'Janggut' lelaki di Mesir adalah masalah yang lama. Janggut selalu mendatangkan masalah kepada pentadbiran sebelum Pres Mohd Morsi, di mana lelaki berjanggut mendapat diskriminasi di bawah pentadbiran  Hosni Mobarak. Misalnya ramai Polis yang diberhetikan kerja kerana janggut.

Polis berjanggut berpiket di pejabat Menteri KDN
Akhirnya Mufti Mesir mengeluarkan fatwa ttg janggut, mengulangi apa yang difatwakan oleh Syaikh Mahmud Syaltut (mantan Rektor Azhar) dahulu;
-----------------------------------------------------------------------------
Akhbat al-Arabiya (eng) menyiarkan fatwa Mufti Egypt
 --------------------------------------------------end
Terj: Menyimpan janggut atau mencukurnya tiada hubungan dengan hukum syariah (Islam) demikian menurut  fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Am Egypt, Dr. Ali Gomah (Jumah) seperti yang dipetik oleh akhbar al-Youm. Fatwa itu memetik kenyataan mantan ulama tersohor Egypt, Syaikh Mahmud Syaltut yang dilapurkan berkata, apa jua yang berkaitan dengan pakaian dan penampilan diri (fizikal) termasuk menyimpan dan mencukur janggut, " adalah kebiasaan (adat) yang diamalkan menurut suasana tempat tinggal seseorang. Jika sesuatu kebiasaan (uruf) menganjurkan sesuatu kebiasaan (trend) , maka ia hendaklah dia seiring dengannya untuk mengelakkan ia terasing dari masyarakat."
Rumusan:
Presiden Morsi yang berjambang dan berjanggut telah menghapuskan  dasar anti-janggut yang diamalkan oleh pentadbiran Mobarak sebelum ini. Manakala Mufti Mesir mengeluarkan fatwa menggesa lelaki Egypt supaya mencukur dan menyimpan janggut mengikut arus kerana janggut dan misai adalah sunnah yang tiada kaitan dgn syariah. 
 Penutup: Kes Mesir sama dgn Malaysia, ada majikan yg suka janggut dan ada majikan yg tidak suka janggut; maka sesuaikan diri anda dgn majikan anda. Jangan sebab janggut, anda dapat rendah dalam penilaian prestasi.

Tuesday, February 12, 2013

La Tahzan 184-1: Waspada Terhadap Cinta Asyik, احْذرِ العِشق


إياك وعِشْق الصُّورِ، فإنَّها همٌّ حاضِر، وكَدَرٌ مستمرٌّ. منْ سعادةِ المسلمِ يُعدُه عنْ تأوُّهاتِ الشعراءِ وولهِهِم وعشقِهم، وشكواهُم الهجْر والوصْل والفراق، فإنَّ هذا منْ فراغ القلبِ
terj:
Waspadalah terhadap cinta asyik, ia penyebab kepada kecemasan dan kemurungan yang berpanjangan. Termasuk petanda kebahagian seorang Muslim ialah dia menjauhi rintihan para karyawan seni, rindu asyik mereka lantaran kegagalan dan hancurnya hubungan cinta mereka dengan kekasih mereka. Semua itu merupakan penyebab kepada gelisahnya jiwa. Firman Allah SWT:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً
AQS al-Jaatsiah, 45:23 [Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?] 
Nota: Fenomena cinta asyik yang disemarakkan oleh novel cinta kekadaang dinamakan juga novel cinta Islami dan fenomena industri nyanyian memang sudah sampai ke tahap yang mencemaskan. Drama-drama TV, termasuk dari Korea mmang mempromosikan cinta dan rindu asyik yang akan merosakkan akal budi remaja kita.

ولو ضمَّ بين ضلوعهِ التقوى والذْكر وروحانيّةً وربّانيّةً ، لَوَصَلَ إلى الحقِّ ، ولَعَرَ الدليل ، ولأبصر الرُّشد، ولَسَلَك الجادَّة
terj
Sekiranya rongga dada sesorang diselubungi taqwa, zikir, keruhanian dan kerabbaniyahan, niscaya dia akan sampai kpada hakikat kebenaran, akan mengetahui dalil, mendapat kesedaran dan menempuh jalan yang lurus jua. Janji Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ
AQS al-A'raaf, 7:201 [Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya]
--------------------
* La Tahzan, edisi -book, saaid.net, ms 279

Monday, February 11, 2013

Selamat sampai di KSA

King Khaled International Airport, Riyadh, KSA
Percutian saya bermula 15 Jan 2013 berjalan pantas sekali. Minggu pertama dihabiskan untuk menyelenggara kereta-kereta spt servis dan menukar tayar baru. Peralatan rumah juga diperbaiki, antaranya dua unit penghawa dingin yang rosak dan mengganti peti TV lama dgn jenis LCD-LED. Selepas itu minggu kedua dihabiskan di Kelantan kerana ada majlis kahwin sepupu dan akad nikah anak saudara serta melihat kemajuan pembinaan rumah saya di sana . Untuk pulang semula ke KSA, saya berjaya mendapatkan tiket syarikat Sri Lankan Airlines dan tarikh yang ada ialah pada Isnin 28 Januari, jam 2:50 ptg KLIA-Colombo-Riyadh.
Saya dan famili tiba dari Kelantan (ke kediaman di Subang Jaya USJ) jam 10 malam Sabtu, 26 Jan dan pada hari Ahad, saya membuat last-minute shopping barang keperluan spt vitamin dan supplement kerana harganya yg mahal di KSA. Pada hari Isnin, 28 Jan, tibalah saya berangkat pulang ke KSA dan dihantar oleh famili di KLIA. Kami sempat lunch bersama di Food Court Level 2 dan selepas itu saya bergegas ke balai berlepas. Famili saya sudah tenang dan biasa dgn rutin saya sekarang, tiada lagi terbayang wajah kesedihan di wajah-wajah mereka.
Ini pertama kali saya menaiki penerbangan Sri Lankan Airlines menggunakan pesawat yg agak kecil ke Colombo, yakni A320 (Airbus), Perkhidmatannya agak bagus juga dan kebanyakan penumpang adalah pelancung Arab Saudi dan warga Sri Lanka dan India. Tiba di Colombo jam 4:30 ptg di Bandaranaike International airport, ia agak besar dan saya tidak perlu keluar dari balai berlepas kerana penerbangan ke Riyadh adalah pada jam 6:45 ptg waktu tempatan. Saya mencari tempat solat, tidak ada, namun dapat suatu ruang kosong di hujung bilik menunggu B13 dan saya solat jama' takhir Zuhur dan Asar di situ. Memang kemudahan solat tidak disediakan. Saya meronda-ronda ke kawasan kedai-kedai duty-free dalam airport dan semua urusan adalah dalam USD$. Rasanya bagus kalau kita ingin travel untuk mmbawa USD dalam 100 dollar, kerana ia matawang yang digunakan di semua airport. Bila tiba untuk berlepas, saya dapati saya kehilangan smartfon yang baru sahaja di beli di Malaysia. Kemungkinan ia terjatuh semasa saya terlelap di kerusi balai menunggu. Mundar mandir saya mencari dan bertanyakan pihak sekuriti, namun ia hilang begitu saja. Tetapi alhamdulillah, saya masih ada lagi satu unit HP spare tapi ia bukan jenis smartfon.
Penerbangan Colombo-Riyadh memakan masa 5 jam setengah dan ia menggunakan pesawat yg lebih besar, airbus A330 baru dan lebih selesa.  Tiba di Riyadh jam 9:50 malam dan saya ingin mendapatkan flight terakhir Riyadh-Gizan jam 10:30 malam secara stand-by. Namun musibah berlaku di check-point imigresen di mana waktu itu kebetulan banyak penerbangan mendarat secara serentak dan ini menyebabkan kawasan imigresen menjadi penuh sesak dan saya terpaksa beratur panjang. Di sinilah ketara sekali taraf dan mutu perkhidmatan pihak imigresen arab saudi di mana saya terpaksa beratur hampir 3 jam hanya utk urusan mudah mengecop paspot. Jam 12:00 malam semua flight ke Gizan sudah habis dan penerbangan yg paling awal esoknya, ialah jam 5:00 pagi keesokannya (29 Jan), saya berjalan ke terminal domestik, agak jauh juga jalan kaki krana airport King Khaled ini memang besar, seperti KLIA. Yang bagusnya kaunter jualan tiket Saudia dan travel agent at-Tayyar beroperasi 24 jam dan begitu juga kaunter tiket stand-by.
Oleh kerana saya belum ada tiket Riyadh-Gizan, saya kena beli tiket dulu di at-Tayyar Travel. Harganya SR 320 ke Gizan. Kemudian saya perlu mendaftar online melalui kiosk Standby dan mendaftar 1 jam sebelum flight. Saya yakin dapat flight jam 5 pagi kerana ia terlalu awal. Kemudian saya ke ruang musalla dan selepas solat jama'takhir Maghrib Isya', saya melelapkan diri buat seketika, namun sayab tertidur dan terjaga jam 4:30 pagi. Saya bergegas ke kaunter standby tapi dimaklumkan saya sudah terlepas fligh jam 5 ke Jizan! Habislah, saya kena masuk ofis jam 8:30 pagi. Saya tak mahu dimarahi oleh  Boss. Saya dimaklumkan penerbangan seterusnya ialah jam 2:45 ptg dan saya kena mndaftar di standby counter jam 1:00 tghari Rupa-rupanya saya baru tahu, budaya arab saudi ialah mereka kebanyakkannya beli tiket secara stanby dan ini menyebabkan peluang saya agak tipis kerana mereka mengutamakan warga saudi dulu. Saya tidak putus harapan, menyerahkan sepenuhnya kpd Allah dan berdoa agar saya dapat tiket ke Jizan petang nanti. 
Saya solat Zuhur dan Asar di musalla, dan berdoa agar adalah satu tiket standby ke Jizan. Alhamdulillah, sebaik saja saya tiba di kaunter standby, saya diberi berita gembira, ada kekosongan ke Jizan. Saya tiba di Jizan airport jam 4:30 pm dan disambut oleh drebar saya, Bro Asim Beig.  Keesokannya, saya menjelaskan kpd boss dan dia senang hati mmahami masalah saya..alhamdulillah.