Kisah the Four Musketeers
Bercakap mengenai filem klasik Barat the Four Musketeers (atau 4 perwira), di kalangan Brotherhood US, ada 4 orang syabab atau pemuda yang aku anggap amat hebat dan mereka masih hebat hingga ke hari ini. Empat syabab ni sama saja sifat mereka, mereka sanggup datang ke Kalamazoo setiap kali musim cuti semester hanya untuk bergaul dan menimba ilmu dariku dan KM. Aku memang sentiasa akan mengingati ke empat-empat musketeers tsb kerana kegigihan mereka yg luarbiasa dari ikhwan yg lain. Tujuan aku menceritakan empat wira ini ialah kerana sifat mujahadah dan kegigihan mereka telah membuatkan mereka amat berjaya dalam hidup, sehingga aku sendiri tidak dapat menandingi kehebatan mereka sekarang.
Pertama ialah HK. Dia keturunan mamak Terengganu; aku mula-mulanya tak percaya, ada juga mamak di Terengganu. Pertama kali aku menemuinya ketika rombongan Nebraska datang ke Kalamazoo utk program ziarah, HK berjenaka denganku, "syaikh, cuba teka, ana ni asal dari negeri mana?" aku spontan menjawab, "penang marilaa.." Memang mengejutkan bila dia ngaku dia anak jati Teganu. hahaha Dia mendapat fikrah IM di Terengganu dgn Naqib CD. Semangat dia untuk menguasai fikrah amat menakjubkan. Dia buat Bachelor sains di Nebraska Lincoln kemudian buat masters di Beaumont Texas. Di Nebraska-Lincoln, HK di bawah Naqeeb Nebraska, bro. HO, sekarang Dr HO (bertugas di UTM Skudai). HK bila balik Malaysia, menyertai beberapa syarikat, termasuk GE, kemudian dia kerja sendiri hingga menjadi jutawan di Terengganu sekarang. Buat masa ni dia sudah keluar dari Brotherhood kerana kesibukan mengurus bisnesnya yang luas, antaranya insuran dan real estate. Setiap kali aku outstation ke Terengganu, aku mesti menghubungi HK dan beliau akan uruskan pengambilan dan penghantaran ke airport dan hotel. Pernah satu kali, aku ke Terengganu, aku tiba dgn flight MAS petang, lalu sebutkan kpd HK, rasa nak makang nasi dagang Teganu. Maka dia kata nasi dagang petang ni hanya ada dua tiga tempat je kat Kuala Terengganu, sebab nasi dagang ni menu pagi utk rakyat Terengganu...lalu dia membawaku ke sebuah restoren nasi dagang petang di Kuala terengganu, dekat Kuala Ibai. Sebaik saja HK sampai ke Kedai tsb, beberapa orang dalam kedai tersebut memanggil HK dengan gelaran Orang kaya, ada yg panggil OKB...kemudian HK memberi tahu mak cik nasi dagang, hari ni saya akan akan bayar semua orang yg makan dalam kedai ni dan sapa saja yang datang beli nasi dagang ketika kami sedang makan, semua akan ditanggung beres. gempar juga kedai nasi dagang mak cik tsb dengan pemurahnya bro HK. Keistimewaan HK ialah humor beliau dan beliau dapat menyebut istilah2 arab dengan makhraj dan sebutan yang betul. aku doakan beliau terus berjaya dalam bisnesnya.
Tuesday, January 3, 2012
Fiqh al-Auza`iy
Terdapat permintaan dari seorang sahabat lama, beliau meminta thtl memulai sebuah siri baru, Fiqh al-Awza`iy, w. 157H, salah satu fiqh salaf yg telah pupus di Syria. Bila thtl selongkar dalam personal library, mmg tak ada sebuah pun kitab fiqh Awza`iy secara khusus. Ini kerana fiqh Awza`iy ni ujud secara terpecar-pecar dalam kitab2 fiqh Muqaran atau perbandingan. Thtl pernah terlihat kitab Fiqh al-Awza`iy semasa KLIBF 2011, di Booth Darussalam, tapi kerana saya sudah kehabisan cash, maka saya ingin datang semula keesokan harinya, bila saya datang balik, didapati kitab tsb sudah kehabisan. Bila saya browse internet, mencari e-book ttg Fiqh Awza`iy, mmg tak jumpa setakat ni. Kitabnya mmg ada, tapi tak ada sapa lagi yg up-load jadi e-book. Maka agak sulit untuk memulakan siri fiqh taysir dari madzhab Awza`iy jika tidak ada kitab. Maka sehigga saya menemui kitab yg khusus menghimpunkan fiqh awza`iy, insyaAllah, ana akan mulakan siri fiqh Awza`iy di blog ni. Mohon maaf ya akhi.
ini contoh kitab fiqh awza`iy:
ini contoh kitab fiqh awza`iy:
20 Hadith Maqlubah (11) - Rezki burung
20:11 Rezki kita sudah dijamin
Takhrij hadith:
(HR Termidzi no.2266, lidwa) : Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin Sa'id Al Kindi telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mubarak dari Haiwah bin Syuraih dari Bakr bin 'Amru dari 'Abdullah bin Hubairah dari Abu Tamim Al Jaisyani dari Umar bin Al Khaththab berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Andai saja kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya kalian diberi rizki seperti rizkinya burung, pergi dengan perut kosong di pagi hari dan pulang di sore hari dengan perut terisi penuh." Berkata Abu Isa: Hadits ini hasan shahih, kami hanya mengetahuinya melalui jalur sanad ini dan nama Abu Tamim Al Jaisyani adalah 'Abdullah bin Malik. (HR Termidzi dan Ibn Majah, disahihkan oleh Imam Abu Isa sendiri, disahihkan oleh al-Albani)
Pemahaman Maqlubah seputar hadith rezki burung:
1. Benar-benar tawakkal kepada Allah itu difahami dengan makna TAWAKUL (keterbalikan dari makna tawakkal), yakni meninggalkan usaha, pasrah dengan takdir, bebankan kehidupan kita kepada Allah, maka pasti Allah akan berikan rezki sebagaimana Allah kurniakan rezki kepada burung dan ulat dalam batu.
2. Hadith tsb adalah motivasi dari Allah dan Rasul-Nya untuk bekerja keras, tapi mereka memahami secara maqlubah, yaitu (mereka faham) hadith ini menganjurkan supaya jangan bekerja kuat, tidak perlu meletihkan otak dan badan kita kerana Allah pasti akan mengurniakan habuan-Nya kepada kita.
3. Mereka terbalikkan matannya dengan terjemahan berikut:
"Pasti Allah akan mengurniakan rezki kepada kamu semua seperti burung-burung memperolehi rezki, ia hanya duduk di sarang-sarangnya dan membuka mulut2 mereka, lalu pada pagi hari ia kelaparan kemudian di petang hari ia dalam keadaan kenyang."
4. Majoriti mereka telah menjadikian ayat 1000 Dinar sebagai ayat yang mengukuhkan kefahaman maqlubah mereka. Ayat 1000 Dinar dijadikan azimat utk mengukuhkan kefahaman rezki akan diberi tanpa disangka-sangka walaupun tanpa kerja keras.
Kefahaman yang betul:
1. hadith ini mengajar maksud sebenar akan tawakkal. Rahsianya bila Nabi berkata, "Burung terbang meninggalkan sarangnya dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang."
Manakala burung2 tsb akan menggunakan segala potensi dan segala pancainderanya, misalnya sang helang dapat melihat mangsa pada jarak 3 KM, ada burung yg mampu melihat di malam hari (burung hantu/owl), maka mereka keluar mencari makanan mereka menggunakan segala potensi yang mereka ada untuk mencari makanan mereka. mereka tidaklah menunggu dan bertenggek sahaja.
2. Rezki burung dalam hadith ini ialah mengambil asbab (hukum: cause and effect), yakni berusaha kemudian bersandar kpd Allah SWT, Pemilik segala asbab. Kaedahnya:
Berusaha atau mengambil asbab adalah wajib; meninggalkannya (bermalas-malas) adalah kemaksiatan; bersandar kepadanya adalah kemusyrikan"
3. Contoh kehidupan Nabi saw adalah contoh teladan terbaik bagaimana rezki burung ni diaplikasi dalam dunia sebenar. Kita lihat Nabi saw dan para sahabat raa, tidak bermudah-mudah dalam urusan agama bahkan kehidupan ekonomi, mereka berusaha tanpa mengenal lelah, menumpahkan keringat dan darah mereka dan tiada mana2 manusia yang lebih teruk dan berat daya-usahanya daripada Nabi saw dan para salaf, pada malamnya pulak baginda berdiri utk solat hingga bengkak kaki baginda.
Adapun ayat 1000 Dinar, yang kita sering lihat terpampang di dinding restoren milik orang Islam di seluruh Malaysia termasuk di Saudi; kalau kita perhatikan maksudnya, ia menganjurkan kita mengambil asbab, bukan tawakul.
*hadith maqlubah=hadith2 yang difahami secara terbalik dari kefahaman kaum salaf.
** ahaadith Maqlubah adalah hasil karya Dr Umar bin abdel Aziz alQuraishi, KSA
Takhrij hadith:
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ سَعِيدٍ الْكِنْدِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ حَيْوَةَ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ هُبَيْرَةَ عَنْ أَبِي تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيِّ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا; قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَأَبُو تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيُّ اسْمُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَالِكٍ
terj:(HR Termidzi no.2266, lidwa) : Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin Sa'id Al Kindi telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mubarak dari Haiwah bin Syuraih dari Bakr bin 'Amru dari 'Abdullah bin Hubairah dari Abu Tamim Al Jaisyani dari Umar bin Al Khaththab berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Andai saja kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya kalian diberi rizki seperti rizkinya burung, pergi dengan perut kosong di pagi hari dan pulang di sore hari dengan perut terisi penuh." Berkata Abu Isa: Hadits ini hasan shahih, kami hanya mengetahuinya melalui jalur sanad ini dan nama Abu Tamim Al Jaisyani adalah 'Abdullah bin Malik. (HR Termidzi dan Ibn Majah, disahihkan oleh Imam Abu Isa sendiri, disahihkan oleh al-Albani)
Pemahaman Maqlubah seputar hadith rezki burung:
1. Benar-benar tawakkal kepada Allah itu difahami dengan makna TAWAKUL (keterbalikan dari makna tawakkal), yakni meninggalkan usaha, pasrah dengan takdir, bebankan kehidupan kita kepada Allah, maka pasti Allah akan berikan rezki sebagaimana Allah kurniakan rezki kepada burung dan ulat dalam batu.
2. Hadith tsb adalah motivasi dari Allah dan Rasul-Nya untuk bekerja keras, tapi mereka memahami secara maqlubah, yaitu (mereka faham) hadith ini menganjurkan supaya jangan bekerja kuat, tidak perlu meletihkan otak dan badan kita kerana Allah pasti akan mengurniakan habuan-Nya kepada kita.
3. Mereka terbalikkan matannya dengan terjemahan berikut:
"Pasti Allah akan mengurniakan rezki kepada kamu semua seperti burung-burung memperolehi rezki, ia hanya duduk di sarang-sarangnya dan membuka mulut2 mereka, lalu pada pagi hari ia kelaparan kemudian di petang hari ia dalam keadaan kenyang."
4. Majoriti mereka telah menjadikian ayat 1000 Dinar sebagai ayat yang mengukuhkan kefahaman maqlubah mereka. Ayat 1000 Dinar dijadikan azimat utk mengukuhkan kefahaman rezki akan diberi tanpa disangka-sangka walaupun tanpa kerja keras.
Kefahaman yang betul:
1. hadith ini mengajar maksud sebenar akan tawakkal. Rahsianya bila Nabi berkata, "Burung terbang meninggalkan sarangnya dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang."
Manakala burung2 tsb akan menggunakan segala potensi dan segala pancainderanya, misalnya sang helang dapat melihat mangsa pada jarak 3 KM, ada burung yg mampu melihat di malam hari (burung hantu/owl), maka mereka keluar mencari makanan mereka menggunakan segala potensi yang mereka ada untuk mencari makanan mereka. mereka tidaklah menunggu dan bertenggek sahaja.
2. Rezki burung dalam hadith ini ialah mengambil asbab (hukum: cause and effect), yakni berusaha kemudian bersandar kpd Allah SWT, Pemilik segala asbab. Kaedahnya:
Berusaha atau mengambil asbab adalah wajib; meninggalkannya (bermalas-malas) adalah kemaksiatan; bersandar kepadanya adalah kemusyrikan"
3. Contoh kehidupan Nabi saw adalah contoh teladan terbaik bagaimana rezki burung ni diaplikasi dalam dunia sebenar. Kita lihat Nabi saw dan para sahabat raa, tidak bermudah-mudah dalam urusan agama bahkan kehidupan ekonomi, mereka berusaha tanpa mengenal lelah, menumpahkan keringat dan darah mereka dan tiada mana2 manusia yang lebih teruk dan berat daya-usahanya daripada Nabi saw dan para salaf, pada malamnya pulak baginda berdiri utk solat hingga bengkak kaki baginda.
Adapun ayat 1000 Dinar, yang kita sering lihat terpampang di dinding restoren milik orang Islam di seluruh Malaysia termasuk di Saudi; kalau kita perhatikan maksudnya, ia menganjurkan kita mengambil asbab, bukan tawakul.
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
AQT 65:03 [Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.]
Ayat 1000 Dinar (tak tahu siapa yang memberi namanya sedemikian), adalah dalam dalam makna melipatgandakan usaha, menggunakan segala potensi anda dan mengambil segala asbab serta menngoptimakan segala resources yang ada. Kemudian barulah Allah membuka rezki-Nya tanpa disangka-sangka. WA
-------------------------------------*hadith maqlubah=hadith2 yang difahami secara terbalik dari kefahaman kaum salaf.
** ahaadith Maqlubah adalah hasil karya Dr Umar bin abdel Aziz alQuraishi, KSA
Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle 2:236
al-Baqarah
Tafsir Ibn Kathir (ms 74)
ayat 236
---------------------------------
Tafsir Ibn Kathir (ms 74)
ayat 236
---------------------------------
لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاء مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةً وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدْرُهُ مَتَاعًا بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُحْسِنِينَ
AQT 2:236 [Tidak ada kewajiban membayar (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. Dan hendaklah kamu berikan suatu mut'ah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), yaitu pemberian menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan]
Edisi Syamil memetik Tafsir Ibn Kathir bahawa sebuah riwayat dari Sahal bin Saad di mana Nabi saw menikahkan Umaimah bte Syarahil dengan Abu Asyad. Kisah yg benar dalam sahih Bukhari ialah sebaliknya:وَقَالَ الْحُسَيْنُ بْنُ الْوَلِيدِ النَّيْسَابُورِيُّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبَّاسِ بْنِ سَهْلٍ عَنْ أَبِيهِ وَأَبِي أُسَيْدٍ قَالَا تَزَوَّجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَيْمَةَ بِنْتَ شَرَاحِيلَ فَلَمَّا أُدْخِلَتْ عَلَيْهِ بَسَطَ يَدَهُ إِلَيْهَا فَكَأَنَّهَا كَرِهَتْ ذَلِكَ فَأَمَرَ أَبَا أُسَيْدٍ أَنْ يُجَهِّزَهَا وَيَكْسُوَهَا ثَوْبَيْنِ رَازِقِيَّيْنِ
(HR Bukhari, no.4853) Dan Al Husain bin Al Walid An Naisaburi berkata; dari Abdurrahman dari Abbas bin Sahl dari bapaknya dan Abu Usaid keduanya berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menikahi Umaimah binti Syarahil. Dan ketika wanita itu dipertemukan dengan beliau. beliau pun merangkulkan tangan kepada wanita itu, sepertinya wanita itu tak menyukai hal itu. Maka beliau menyuruh Abu Usaid untuk mempersiapkan bekal untuk wanita itu, kemudian memberinya dua helai pakaian dari katun."
Nabi saw sendiri yang berkahwin dengan Umaimah tapi sebelum sempat dukhul baginda menceraikan kerana Umaimah tidak sudi menjadi isteri Nabi saw
Ini satu kesalahan Syamil AQ yang amat fatal kerana tersalah fakta.
---------------------------
Doa & Zikir
Doa yang diucapkan kepada Suami setelah Tamu-tamu Pulang (ms 74)
السَّلامُ عَلَيْكُمْ أهْلَ البَيْتِ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
terj: "Assalamulaikum penghuni rumah dan rahmat Allah dan keberkatan."
Tahqiq: Ini satu kesalahan fatal, zikir ini berada dalam bab Salam. Ia berkenaan dengan sunat memberi salam apabila memasuki rumah sendiri. Ini lafaz dari Imam Nawawi pada fasal:
فصل: ويستحبّ إذا دخل بيته أن يُسلِّم وإن لم يكن فيه أحد
Fasal disunatkan bila memasuki rumah sendiri agar memberi salam walaupun ia tiada penghuni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
