Thursday, November 8, 2012

Hijrah KSA 44: Ujian Terbesar ala La Tahzan 1

Apabila saya selesai menerbitkan buku "La Tahzan" bersama Pustaka Azhar JB, maka saya terpaksa menerima hakikat, saya sendiri akan di uji dengan azab atau ujian untuk melihat sejauh mana saya mampu menghayati "La Tahzan" yg saya catatkan dari kitab asalnya karya Dr Aidh al-Qarni. Ini adalah cover buku la tahzan yang baru berada di pasaran tempatan:

Kisahnya bermula apabila saya merancang untuk pulang bercuti ke Malaysia sempena cuti Hari Raya Haji yang diisytiharkan oleh universiti Jizan bermula 18 Oktober - 3 Nov 2012. Saya pun membuat surat permohonan untuk pulang bercuti dan menempah tiket online. Oleh kerana kebanyakan tiket online sudah sold-out, maka saya bernasib baik dapat tawaran tiket murah dari syarikat Sri Lankan Airlines, lalu membelinya. Oleh kerana saya tidak membawa kredit kad, urusan pembelian tiket online dilakukan dengan kredit kad isteri (Kad Bank Islam). Alhamdulillah , ia berjaya atas bantuan dari Bank Islam Malaysia ketika proses pembelian secara Online dgn agent tiket Sri Lanka.
Masalah tiket Jeddah-Colombo-KLIA sudah selesai, masalah kedua ialah flight dari Jizan-Jeddah melalui pesawat Saudia. Tiket 18 Okt semua sudah penuh, yang ada cuma tiket pada 16 Okt.sahaja Tanpa berfikir panjang, saya membelinya dan akan membuat cuti urgent pada 16 Oktober. Saya kemudian mengubah tiket dgn Sri Lankan airlines supaya diubah ke 16 Oktober juga. Tiket dari Jizan berlepas jam 8:30 pagi dan penerbangan Jeddah-Colombo-KLIA ialah pada jam 8:00 malam. Ini bermakna saya akan melepak di airport Jeddah dari jam 10 pagi  hingga jam 6 ptg. Dijangka tiba di KLIA jam 3:20 ptg 18 Oktober.
Masalah tiket saya sudah selesai, keluarga saya di Malaysia semuanya bergembira kerana saya dapat pulang beraya bersama mereka di Malaysia. Saya hanya perlu menunggu kelulusan cuti sahaja dari Naib Presiden Universiti.. Kelulusan cuti agak sukar juga kerana kakitangan expatriate tidak digalakkan keluar dari saudi arabia dalam tempoh cuti yang hampir. Ini kerana kami baru saja menamatkan cuti semester 2 bulan setengah tempoh hari. Hubungan saya dengan Naib Presiden juga agak tegang ekoran gaji saya lambat dibayar hanya selepas hampir 4 bulan bekerja. Ini turut merisaukan saya kemungkinan cuti Raya Haji saya akan dibekukan. Jazan U juga akan menganjurkan sebuah konferen yg bersekala besar pada 13-14 Nov dan banyak lagi persiapan yg belum dilakukan. Ini yang membuatkan saya risau. Boleh kata hampir setiap harri saya tanyakan PA kpd Naib-Presiden, apakah surat cuti saya sudah diluluskan. Tanpa kelulusan tsb, Exit Visa saya tidak dapat diproses.

No comments: