Monday, January 2, 2012

La Tahdzan 145-4: Wirid Selepas Subuh Anda, وِرْدٌ صباحيٌّ

Wirid #4:  wirid Anas
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ عَنْ مُسْلِمٍ يَعْنِي ابْنَ زِيَادٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا أَصَابَ فِي يَوْمِهِ ذَلِكَ مِنْ ذَنْبٍ وَإِنْ قَالَهَا حِينَ يُمْسِي غُفِرَ لَهُ مَا أَصَابَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ
(Hr Abu Daud, no.4416,lidwa) : Telah menceritakan kepada kami Amru bin Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Baqiyyah dari Muslim -maksudnya Muslim Ziyad- ia berkata; Aku mendengar Anas bin Malik berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa saat waktu pagi membaca: Ya Allah, aku berada di waktu pagi bersaksi atas-Mu, dan kepada para pembawa Arsy-Mu, kepada semua malaikat, dan kepada semua mahkluk-Mu, bahwa Engkau adalah Allah yang tidak ada Tuhan selain Engkau semata, tidak ada sekutu bagi-Mu. Dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Mu). ' Kecuali akan dihapuskan dari dosa yang ia lakukan pada hari itu. Dan jika ia membacanya pada waktu sore, maka akan dihapuskan semua dosa yang ia lakukan pada malam itu." (Hisnul Muslim no.80)
Tahqiq:
 Mutaqaddimun, antaranya Imam Abu Isa at-Termidzi kata, gharib (dha`if)
الراوي:أنس بن مالك المحدث:الترمذي - المصدر:سنن الترمذي- الصفحة أو الرقم:3501
خلاصة حكم المحدث:غريب
al-Albani kata dha`if 
الراوي:أنس بن مالك المحدث:الألباني - المصدر:ضعيف أبي داود- الصفحة أو الرقم:5078
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
kedha`ifan kerana perawi majhul (perawi yg tak dikenali) iaitu Abd Rahman bin abd Majid al-Sahmi
Yang kata Hasan: Imam Nawawi, Ibn Hajar, Ibn Baz dan al-Qahthani.
Syarah:
Dikatakan siapa yang membaca zikir ini 4X, maka akan dibebaskan dari neraka. Ini yang membuatkan ia gharib atau pelik kerana biasanya zikir diwiridkan 3X atau bilangan yang ganjil. jika genap, pada angka 10X.
( وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ  ) "aku bersaksi dihadapan Malaikat yang memikul arasymu." Ia diperkuat oleh ayat AQ:
وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ
AQT 69:17 [Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka]
Kata Ibn Abbas, 8 Malaikat itu maksudnya 8 saf Malaikat.
aku juga naik saksi dengan semua Malaikat yang lain dan semua makhluk. Disebut urutan keutamaan makhluk ialah yang paling mulia ialah Malaikat 8 saff yg memikul Arasy, seluruh malaikat dan selepas itu barulah makhluk yang lain. Ini turutan berdasarkan keimanan, ubudiyah dan kejujuran. (syarah Hishnul Muslim, ms 164, edisi waqf KSA)

Sunday, January 1, 2012

Travelog USA 25: Menjadi Imam dan Khatib KIC 3.0

Diterima oleh komuniti Arab Kazoo.
Sejak aku menjadi Imam dan Khatib KIC, berlaku perubahan drastik dalam kehidupan sosialku. Tiba-tiba komuniti Arab Kalamazoo begitu mesra dan aku sering diundang ke majlis makan dan kenduri kendara komuniti Arab. Baru aku tahu ada komuniti Lebanon, Syria, Iraq, KSA, Jordan, Palestin di Kalamazoo. Dari maklumat mereka, Michigan merupakan antara negeri yang paling ramai komuniti Arab di US, antara penempatan arab yang terbesar di Michigan ialah Ann Arbor (di Utara Kalamazoo) dan Detroit, ibu negeri bagi Michigan.

Apabila sering diundang ke majlis arab, aku pertama kali didedahkan dengan menu makanan arab, spt nasi mandi, lamb kabshah, maghut dsbnya. Yang paling lucu bila pak Arab bertanya akan daku dua perkara:
pertama, kenapa bila orang Melayu masak ayam atau kambing, depa suka potong kecik-kecik. Pak Arab kata sebab tu depa tak suka memenuhi undangan kenduri pelajar melayu, sebab ayam dipotong kecik sangat. Saya menjelaskan, kebanyakan orang melayu datang dari asal usul orang susah. pada masa lalu, ayam atau kambing adalah suatu yang luxury, di mana kami makan ketika kenduri sahaja. Maka sebab tu bila kami makan ayam atau kambing, kami potong sekecil mungkin supaya lebih ramai yang dapat merasa. Jadi kami anggap makan ayam belah empat tu adalah suatu budaya yang mewah.
kedua: Arab tanya kenapa kita makan ikan bilis, bukankah itu suatu kezaliman kerana kita makan ikan yang masih kecil? Ini aku memang tergelak sakan, aku katakan, itu ikan memang saiz maksima dia memang kecil, aku kasi tahu namanya "anchovy" dan ia memang banyak di perairan kami.
Oleh kerana aku sudah terdedah kepada komuniti arab, maka terbukalah suatu keperluan untukku menguasai bahasa arab, maka pada semester berikutnya, aku mengambil subjek bahasa arab di fakulti bahasa WMU sebagai subjek elektif. Fakulti bahasa WMU punyalah besar dan ia menawarkan lebih dari 36 bahasa utama dunia, termasuh bahasa melayu (tapi kodnya diletak bahasa Indonesia) dan swahili. Dalam kelas arabic, aku berkenalan dengan american yang ambil subjek arabic, kebanyakannya adalah pelajar2 tajaan CIA yang akan dihantar betugas di Timur Tengah sebagai agen perisikan. terkejut den. CIA adalah badan perisikan Amerika yang paling digeruni diseluruh dunia. Lucu juga bila lihat mat saleh terkial-kial menyebut kalimah2 arab kerana lidah mereka yg masih keras. Tapi apa yg aku pelajari di bilik darjah tidak sama dengan bahasa pertuturan komuniti arab di sini kerana mereka bertutur dalam dialek negeri masing2 atau arab ammi. Maka ternganga jugalah aku. Namun hubungan mesra dengan komuniti arab di sini menjadikan kehidupanku lebih bermakna dan berwarna.

La Tahdzan 145-3: Wirid Selepas Subuh Anda, وِرْدٌ صباحيٌّ

Hafal, renungkan maksudnya dan amalkan secara konsisten:
Wirid #3: Wirid Khalifah Uthman al-Affan
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ قَال سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ
وَكَانَ أَبَانُ قَدْ أَصَابَهُ طَرَفُ فَالِجٍ فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَنْظُرُ إِلَيْهِ فَقَالَ لَهُ أَبَانُ مَا تَنْظُرُ أَمَا إِنَّ الْحَدِيثَ كَمَا حَدَّثْتُكَ وَلَكِنِّي لَمْ أَقُلْهُ يَوْمَئِذٍ لِيُمْضِيَ اللَّهُ عَلَيَّ قَدَرَهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ
(HR Termidzi, no.3310, kod lidwa) : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Abu Daud telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman bin Abu Az Zinad dari ayahnya dari Aban bin Utsman? ia berkata; saya mendengar Utsman bin 'Affan radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan sore hari mengucapkan; BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA'AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIM (Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang membahayakan di bumi maupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak 3X melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatupun." Dan Aban pernah menderita lumpuh sebelah badan, kemudian terdapat seorang laki-laki yang melihat kepadanya. Maka Aban berkata kepadanya; apa yang engkau lihat, ketahuilah sesungguhnya hadits tersebut seperti yang telah aku ceritakan kepadamu, akan tetapi aku tidak mengucapkannya pada saat itu agar Allah memberlakukan takdirNya atas diriku. Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan shahih gharib. [Hisnul Muslim no. 86]
Tahqiq:
sahih di sisi mutaqaddimun, antaranya Imam Abu `Isa, Ibn Hibban dan ad-Daruqutni:
قال الدارقطني في العلل ج3/ص8 : وهذا متصل وهو أحسنها إسناداً  
sahih di sisi Mutaakhirin, antaranya al-Haakim, syaikh Syu'aib al-Arnaouth yg mentahqiq  sahih Ibn Hibban, al-Albani dan syaikh ben Baz:
وحسن إسناده العلامة ابن باز في تحفة الأخيار ص39
syarah:
Fadhilat utama, siapa yg membaca zikir pendek ini 3X di waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan diganggu apa pun. Maka inilah insuran yang paling hebat utk mereka yg yakin!
Kekuatan zikir ini ialah kita sentiasa menyebut nama Allah baik ketika memulakan sesuatu pekerjaan atau sentiasa ingat kepada-Nya;
Bahaya akan diangkat kerana penduduk langit dan penduduk bumi akan sentiasa harmoni dengan dirinya. Ia juga bermaksud jika anda sentiasa menyebut nama Allah tiada apa2 marabahaya yang datang dari arah langit atau bumi. Anda akan sentiasa selamat dengan izin Allah dari kejahatan penduduk bumi dan langit. (Majdi A Wahab, syarah Hisnul Muslim)
* La Tahdzan e-book, copyright Dr Aidh al-Qarni, ms 224)

Tahun Baru 2012!


Malaysia baru saja menyertai komuniti Global menyambut tahun Baru masehi 2012. Ulama' seluruh dunia masih berselisih pendapat, apakah hukumnya umat Islam turut berpesta meraikan Kalendar Tahun Masehi. Ulama' KSA mmg total menolak perayaan dan mengeluarkan fatwa melarang warga saudi menyambutnya. Ini suatu kelebihan KSA kerana berkat mereka menggunakan Kalendar Hijrah sepenuhnya dalam sejarah Hijaz sampai kehari ini. Ini kerana mereka selamat dari penjajahan Barat secara fizikal. Manakala ulama' Egypt berpecah dua, aliran tradisional menegahnya, manakala aliran pertengahan tidak melarangnya kerana ia suatu perayaan global memandangkan dunia menggunakan kalendar Masehi dalam semua urusan seharian umat Islam.

Saya berpendapat, sambutan Tahun Baru Masehi adalah petanda ketewasan dan kehinaan kita berbanding dengan tamaddun Barat. Kita akur dengan hukum the Law of Civilization (Hukum Ketamaddunan), seperti kata Ibn Khaldoon, manusia akan akur dan tunduk kepada Tamaddun yang menguasai dunia pada ketika itu. Maka hari ini tamaddun Barat masih menguasai dunia, baik dari sudut ekonomi, politik dan ketenteraan, maka sudah semestinya mereka menguasai manusia sejagat dengan tamaddun dan budaya mereka. Maka apa jua kata ulama mengenai keburukan kita mengekori Barat, tidak akan dipedulikan..bahkan ayat AQ pun tidak dipedulikan lagi...
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
 AQT 2:120 [Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu]
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاء الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
 AQT 45:18 [Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui]
Juga amaran al-Hadith:
من تشبه بقوم فهو منهم
الراوي:عبدالله بن عمرالمحدث:أبو داود - المصدر:سنن أبي داود- الصفحة أو الرقم:4031

"Sesiapa yang meniru budaya sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam golongan mereka."
Maka walaupun anda tidak berdaya menghalang New Year Celebration kerana tamaddun Barat yg mendominasi budaya Islam buat masa ini, paling kurang selamatkan keluarga anda dari merayakannya.Paling minima toleran anda kpd New Year ialah mengajak mereka bermuhasabah, apa  kekurangan, kelemahan, kesalahan, dosa-dosa 2011 yang akan diperbaiki utk 2012. Kalau macam itu, mmg boleh.