Sunday, March 31, 2013

La Tahzan 185-4/akhir: Hak-hak Persaudaraan, حقوقُ الأخوَّةِ


ومنها : أنْ لا تلومه ولا تعْذله على شيءٍ مضى وانتهى ، ولا تحرجه بالمزاحِ
terj: Hak sahabat ke 4: Tidak ungkit kisah silam dan adab bergurau senda.
Anda tidak mengungkit kisah silamnya yg buruk dan tidak melukai perasaannya ketika bergurau.
al-Hadis:
لا تُمارِ أخاك ولا تُمازِحْه ، ولا تعِدهُ موعداً فتُخْلِفه
terj:"Jangan anda bertengkar dengan sahabatmu,  jangan bergurau yang menyakitinya dan jangan berbuat janji dengannya kemudian mungkir."
Takhrij:
HR at-Termidzi, no. 1918 (lidwa) dari Ibn Abbas, kata Abu Isa, hasan ghareeb (indikasi kedha`ifannya), al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad, no.396
Tahqiq:
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث:الألباني - المصدر: ضعيف الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1995
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
terj:Albani menilainya dha`if.
Nota: walaupun ia dha`if, tapi maksudnya baik sebab itu Imam  al-Bukhari memasukkan ia dalam kitabnya, Adabul Mufrad..

Saturday, March 30, 2013

Travelog KSA 59: Rehlah Umrah 2

Perjalanan dari Mesjid Yalamlam ke Jeddah ialah 150KM lagi. Kami terpaksa ke Jeddah kerana Asim Khan perlu menghantar isteri dan dua anaknya ke rumah saudara mereka di sana dan selepas itu kami akan terus ke Mekah untuk umrah. Perjalanan memasuki bandaraya Jeddah agak perlahan kerana kotaraya Jeddah seperti bandaraya sibuk dunia adalah bandaraya yang tidak tidur, maksudnya ia hidup 24 jam. Maka jumlah kereta di atas lebuhraya ke Jeddah dan keluar agak banyak dan perjalanan kami agak perlahan. Malang tidak berbau, Tiba di badaraya Jeddah sudah hampir jam 12, masalah yang timbul ialah Asim Khan, sudah lupa exit untuk ker rumah sedaranya kerana beliau jarang ke sana. Tambah malang, HP saya jenis HTC lama memang ada software GPS tapi saya tidak upload map KSA, manakala HP Asim bukan jenis smartfon.  Maka dia berpusing mencari hampir dua jam. Masalah utama lebuhraya Jeddah ialah susah nak buat u-turn, jika silap, U-turn adalah 50 KM di depan. Akhirnya Asim berhenti di stesen minyak dan menahan teksi dan memberi alamat kpd drebar teksi. Teksi caj SAR 25.00 untuk menunjukkan jalan. Maka  kami terpaksa pusing balik dan kami kehilangan banyak masa. Sampai di apartmen saudara mereka jam 2:30 pagi dan jam 3:00 pagi kami bertolak ke Mekkah al-Mukarramah.
Di pinggir tanah haram, Asim berhenti di sebuah mesjid untuk kami mengelap badan dan berwudhuk. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Makkah. Jam 4:00 pagi kami tiba di pinggiran Mesjidil haram, namun kami tidak dapat masuk kerana jem teruk, rupanya ada banyak sekatan polis trafik saudi. Asim segera mencari parking dan kami terpaksa letak MPV tsb dan menahan perebet sapu untuk ke mesjidil Haram. Prebet sapu tahu jalan pintas, kata Asim. Kami dengan cepat didatangi sebuah prebet sapu, dan dia minta SAR20.00 untuk menghantar kami dgn pantas ke mesjidil Haram. Kami setuju dan memang benar, dia memandu macam drebar rally, semua sekatan polis berjaya dia elakkan dgn menggunakan lorong2 sempit di Mekah dan menakjubkan tak sampai 15 minit kami sudah sampai di tepi mesjidil haram. Alhamdulillah.

Foto yg diambil June 2012
 Kejutan pertama: sebaik saja kami muncul di Gate King Abdul Aziz, dataran luar msjid penuh dgn orang ramai, macam siang hari. Kami segera memasuki mesjid tepat jam 4:30 pagi, selepas solat dua rakaat, kami terus memulakan ibadah Umrah dgn tawaf.  Kejutan kedua: dataran tawaf atau mataf penuh sesak dgn umat Islam..apabila saya mendongak ke atas, rupa-rupanya, tempat tawaf di tingkat satu dan bumbung sudah tiada. Ini kerana bahagian mesjid di atas tempat sa'iy, kawasan menghala ke arah sa'iy dan perkuburan Ma'ala sudah roboh dan bangunan baru sedang dibina. Ia akan membuka ruangan Mataf menjadi lebih luas. Saya jangkakan ia akan siap sepenuhnya menjelang musim Haji akan datang. Maka semua orang tawaf di dataran Mataf ground floor sahaja termasuk OKU dgn kerusi roda. Maka kami menghadapi kesulitan untuk tawaf kerana ia padat macam sadin.
foto terkini di Mataf
Amat sukar untuk menghabiskan satu round tawaf, tiba pada round yg ke 4, azan subuh berkumandang dan manusia berhempas pulas berebut untuk mendapat satu slot solat di dataran mataf/tawaf dan polis mesjid bekerja keras menyuraikan orang ramai. Ia suatu pengalaman yg menakutkan juga buat saya. Ini pertama kali saya alami kesesakan tawaf, hatta di musim Haji dulu pun saya tak alami kesesakan sebegini rupa. Akhirnya selepas di tolak dan ditarik, saya berjaya mndapat satu slot utk solat dan drebar saya Asim Khan, sudah terlepas entah ke mana. Jam 5:10 minit, solat Subuh dan saya merasa amat syukur dapat solat di Mataf betul2 bertentangan dengan pintu Kaabah berhampiran dgn maqam Ibrahim. Selepas solat, saya teruskan tawaf tiga pusingan lagi dan alhamdulillah, saya pun hairan tiba-tiba orang berkurangan dengan ketara dan ini memudahkan saya tawaf dgn lancar. Sebaik saja saya ingin solat dua rakaat di belakang maqam Ibrahim, saya ternampak Asim Khan...kami berpelukan kerana dapat bertemu kembali dengan mudah Dia masih belum solat sunat kerana mengikut kefahamannya kena tunggu matahari naik sepnggalah dulu, saya cakap, dalam mesjidil Haram mana ada waktu haram, boleh solat anytime, mulanya dia teragak-agak, akhirnya bila dialihat saya solat, dia pun turut solat.. kawasan solat di belakang maqam Ibrahim sudah menjadi sempit krana pembinaan dan kawasan minum air zam2 pun sudah hilang.
Next: Sa'iy

Friday, March 29, 2013

La Tahzan 185-3: Hak-hak Persaudaraan, حقوقُ الأخوَّةِ


وأنْ تشجِّعهُ على الحديثِ معك - أي تتركَ له فرصةً ليتكلَّم عنْ نفسِه وعن أخبارِهِ - وتأل عنْ أمورِه العامّةِ والخاصّةِ، التي لا حَرَجَ في السؤالِ عنها، وأنْ تهتمّ بأموره
terj:
Hak sahabat yg ke 3: Melibatkan dia dalam perbualan dan membantunya jika dia kesusahan. Jika anda bersembang bersama teman, berikan ia peluang untuk bercakap, menceritakan keadaan hal dirinya. Tanyalah soalan2 baik hal-hal peribadi atau umum (dalam batas-batas yg layak ditanya) dan bantulah dia jika diperlukan.
Firman Allah:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ
terj: AQS at-Tawbah, 09:71 [Orang-orang mukmin,baik lelaki atau wanita, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain]
al-Hadis:
منْ لم يهتمَّ بأمرِ المسلمين فليس منهمْ
terj: "Barangsiapayang tidak perihatin akan urusan orang Islam, maka dia bukan dari golongan mereka (orang Islam)."
Takhrij:
 أخرجه الطبراني في " الأوسط " (‏1 / 29 / 1 / 466 / 2
الراوي: عبدالله بن مسعود المحدث:الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 311
خلاصة حكم المحدث: موضوع
terj: dikeluarkan oleh at-Tobrani dalam al-Awsath, dinilai palsu oleh al-Albani
Hadis lain sebagai pengganti ialah:

قَالَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

terj: Sabda baginda saw,"Agama adalah nasihat", kami bertanya," Untuk siapa?" Sabda baginda lagi," untuk Allah, Kitab-Nya,Rasul-Nya, para pemimpin dan dan rakyat semuanya." HR Muslim, no.82 (lidwa, Ina)